VISIT TAIPING - BANDAR WARISAN

VISIT TAIPING - BANDAR WARISAN
Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill) Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.

Saturday, September 24, 2011

PERSEMBAHAN TARIAN JOGET
(Penari SMK Kemabong - Sempena Hari Guru 2011)

Thursday, May 19, 2011


PESTA KEAMATAN 2011
Peringkat Daerah Kecil Kemabong
(14 Mei 2011)

(Gambar Kenangan)

(Kek Sempena Keakraban Keluarga ARCHA)

(Kenangan Bersama 'Stacy'.. Boleh Bah Kalau Kau!)




Thursday, April 9, 2009

Tarian Tradisional: Etnik Sabah

TARIAN MAGUNATIP

Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.

TARIAN SUMAZAU

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.

TARIAN LIMBAI

Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

TARIAN SUMAYAU

Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.

Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian.

Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.

Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.

TARIAN DALING-DALING

Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau. Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan Inggeris darling yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan di majlis-majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.

Wednesday, April 8, 2009

Sirah Seni Warisan Bangsa: Tarian Zapin



Zapin : khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab. Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan sekaligus menghibur, digunakan sebagai media dakwah Islamiyah melalui syair lagu-lagu zapin yang didendangkan. Musik pengiringnya terdiri dari dua alat yang utama yaitu alat musik petik gambus dan tiga buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Sebelum tahun 1960, zapin hanya ditarikan oleh penari laki-laki namun kini sudah biasa ditarikan oleh penari perempuan bahkan penari campuran laki-laki dengan perempuan.Tari Zapin sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada dasarnya gerak dasar zapin-nya sama, ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan Brunei Darussalam.



Asal usul zapin ini dari tanah arab, hadralmut.Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah menyibar ke johor melalui kawasan pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman melalui sungai sungai bersama sama penempatan arab di kampung kampung melayu.Namun begitu zapin melayu johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipa kesenian melayu dan falasafah kesenian islam.Pada zaman dahulu kesenian zapin melayu bukan hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di persekitaran masjid juga surau untuk menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain.terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang, zapin tengelu, zapin lenga dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakan dengan pemainan gambus permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut, ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan akhir sekali ragam wainap.

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Selamat datang ke laman blog Kelab Warisan Seni & Budaya SMK Kemabong.

Setelah menjangkau usia lebih sedekad Kelab Warisan Seni & Budaya (ArCHA) beroperasi dan menghasilkan pelajar dalam bidang seni persembahan, maka laman blog ini diharapkan dapat mendekatkan lagi ArCHA dengan masyarakat umum dan dunia luar terhadap fungsi dan tanggungjawab kelab ini. ArCHA adalah satu-satunya kelab di SMK Kemabong yang menyediakan pendidikan formal khusus dalam bidang seni, budaya dan warisan kepada warga SMK Kemabong, untuk melahirkan tokoh, pemikir, penulis, penggerak dan seniman yang berilmu dan profesionalisme, tahan uji dan sentiasa berketrampilan. Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, pendidikan seni, budaya dan warisan juga merupakan sebahagian agenda penting negara. Ini kerana bagi sesebuah negara maju dan bertamadun tinggi, aspek kebudayaan dan kesenian tidak pernah diketepikan bagi mengimbangi kemajuan kebendaan atau fizikal.

Sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi, ArCHA juga tetap bergerak ke hadapan bagi memenuhi fungsinya, namun tidak sekali-kali mengabaikan aspek kesenian tradisi yang menjadi teras kesenian dan kebudayaan kebangsaan negara ini selaras dengan mottonya “Melangkah ke Hadapan Bersama Tradisi”.

Dengan paparan di laman blog ini, kami berharap para pelajar, peminat, penggerak dan pengkaji seni yang memerlukan khidmat kami akan berpuas hati dan tercapai hasrat dan matlamatnya. Teguran dan sumbangsaran untuk memperbaiki laman blog ini, kami rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga.

(Daripada: En. Mohd Hafiz Bin Shamsudin/Penyelaras Kelab Warisan Seni & Budaya SMK Kemabong)

Sejarah Penubuhan Kelab Seni & Budaya SMKK



Kelab Seni Budaya (KESEB) Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong (SMK Kemabong) ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan merupakan sebuah kelab yang aktif melaksanakan program-program yang berkaitan dengan seni dan budaya di sekolah secara langsung atau tidak langsung. Kelab ini menawarkan pendidikan formal menerusi modul-modul pendidikan seni yang pelbagai dan khusus bagi memenuhi keperluan pelajar serta penggiat seni dalam usaha sekolah dan kerajaan Malaysia membangunkan suatu platform seni budaya yang mantap dan mampan.

Kelab Seni Budaya (KESEB) SMK Kemabong pada mulanya ditubuhkan awal tahun 2005 dan terpaksa dihentikan sementara disebabkan masalah penyelaras kelab yang berpindah dan masalah kewangan. Pada tahun 2008, Kelab Seni Budaya dibuka kembali dan aktiviti yang dijalankan adalah dengan nasihat tuan Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum yang diselaraskan oleh En. Felix Andan Yong. Tiada jawatankuasa tetap dilantik sebelum ini, namun jawatankuasa pengelola diwujudkan secara adhoc terutama dalam membantu menguruskan sesuatu aktiviti.

Selaras dengan kewujudan Kelab Seni Budaya mulai tahun 2009 ini, perancangan telah disesuaikan mengikut landas aktiviti kokurikulum sekolah menengah. Di samping itu Kelab Seni Budaya SMK Kemabong juga berperanan membantu melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah.