Setelah menjangkau usia lebih sedekad Kelab Warisan Seni & Budaya (ArCHA) beroperasi dan menghasilkan pelajar dalam bidang seni persembahan, maka laman blog ini diharapkan dapat mendekatkan lagi ArCHA dengan masyarakat umum dan dunia luar terhadap fungsi dan tanggungjawab kelab ini. ArCHA adalah satu-satunya kelab di SMK Kemabong yang menyediakan pendidikan formal khusus dalam bidang seni, budaya dan warisan kepada warga SMK Kemabong, untuk melahirkan tokoh, pemikir, penulis, penggerak dan seniman yang berilmu dan profesionalisme, tahan uji dan sentiasa berketrampilan. Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, pendidikan seni, budaya dan warisan juga merupakan sebahagian agenda penting negara. Ini kerana bagi sesebuah negara maju dan bertamadun tinggi, aspek kebudayaan dan kesenian tidak pernah diketepikan bagi mengimbangi kemajuan kebendaan atau fizikal.
Sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi, ArCHA juga tetap bergerak ke hadapan bagi memenuhi fungsinya, namun tidak sekali-kali mengabaikan aspek kesenian tradisi yang menjadi teras kesenian dan kebudayaan kebangsaan negara ini selaras dengan mottonya “Melangkah ke Hadapan Bersama Tradisi”.
Dengan paparan di laman blog ini, kami berharap para pelajar, peminat, penggerak dan pengkaji seni yang memerlukan khidmat kami akan berpuas hati dan tercapai hasrat dan matlamatnya. Teguran dan sumbangsaran untuk memperbaiki laman blog ini, kami rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga.
(Daripada: En. Mohd Hafiz Bin Shamsudin/Penyelaras Kelab Warisan Seni & Budaya SMK Kemabong)
No comments:
Post a Comment